BARANGAN YANG DIBENARKAN DAN TIDAK DIBENARKAN DIBAWA DIDALAM KENDERAAN SEMASA POS HANTAR KERETA

February 4, 2023 Tips

Hi semua, akhir-akhir ini admin selalu dapat soalan yang sama dari pelanggan yang nak guna servis pos hantar kereta dari/ke Sabah dan Sarawak dengan kami Ventura Trans and Services. Antara soalan yang kerap ditanya seperti “Bos, boleh ke kalau nak letak barang sekali dalam kereta?”, “Bos, ade kene charge lain ke kalau nak letak barang dalam kereta?” dan banyak lagi.

Jadi sekarang ini admin nak jelaskan bahawa Ventura Trans and Service tiada mengenakan sebarang charge lain bagi barangan yang ingin dibawa bersama semasa penghantaran kereta dari/ke Sabah dan Sarawak. Selain itu, setiap barangan yang hendak dibawa perlulah diberitahu kepada Person-In-Charge (PIC) bagi tujuan deklarasi KASTAM. Akan tetapi sebarang risiko kerosakan dan kehilangan bagi barangan yang dibawa adalah sepenuhnya diatas tanggungjawab pelanggan itu sendiri!

” 𝘽𝙊𝙎, 𝘽𝘼𝙍𝘼𝙉𝙂 𝘼𝙋𝘼 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝘿𝙄𝘽𝘼𝙒𝘼 𝘿𝙄𝘿𝘼𝙇𝘼𝙈 𝙆𝙀𝙉𝘿𝙀𝙍𝘼𝘼𝙉? ”

Korang mesti tertanya-tanya juga pasal perkara ni kan? Jom admin kongsi 😊

Jadi kali ini, admin nak share dengan korang senarai barangan apa yang dibenarkan untuk dibawa dan barangan apa yang tidak dibenarkan dibawa didalam kenderaan sewaktu proses penghantaran kereta.

Antara barangan yang dibenarkan dibawa adalah seperti berikut:

    1. Buku
    2. Pakaian Harian
    3. Kelengkapan Rumah
    4. Peralatan Dapur
    5. Dan lain-lain dengan persetujuan pelanggan dan budi bicara bersama Person-In-Charge (PIC) semasa membuat tempahan.

Peringatan! Sebarang risiko kerosakan dan kehilangan barangan adalah sepenuhnya diatas tanggungjawab pelanggan itu sendiri!

Untuk jenis barangan yang tidak dibenarkan dibawa dalam kereta pula adalah seperti berikut:

    1. Barang kemas /emas
    2. Makanan Basah
    3. Bahan Mudah Meletup
    4. Dokumen-Dokumen Penting
    5. Aksesori Kenderaan
    6. Pakaian/Peralatan Beruniform
    7. Peralatan Sukan
    8. Barangan Peribadi seperti Wang Ringgit
    9. Peralatan Muzik
    10. Cecair Melebihi Had
    11. Benda-Benda Berharga

 

Sampai di sini sahaja perkongsian admin pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, lawati website Ventura Trans & Services Malaysia atau hubungi No. Hotline dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Ventura Trans & Services Malaysia website :  https://www.venturamalaysia.com.my

Encik Faiz: +6010-3851177 atau boleh terus WhatsApp official nombor Ventura Trans & Services Malaysia

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura

https://wassap.my/60103851177/sayanakposkeretadgnventura


Ibu Pejabat (HQ)

Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd
(1353137-M)
No. 4230-AA, Persiaran Raja Muda Musa,
Kampung Raja Uda,
42000, Klang, Selangor

Hotline

+6 010 385 1177