Layari www.venturamalaysia.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai harga dan tarikh penghantaran atau hubungi En. Faiz di talian 010-3851177 untuk mengetahui maklumat lanjut,
Untuk membuat tempahan slot penghantaran kenderaan, anda perlu menyediakan beberapa dokumen seperti berikut:
*** Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pembayaran pinjaman bank, pastikan geran kenderaan anda mempunyai Cop BATAL dari pihak JPJ untuk meneruskan tempahan penghantaran kenderaan dengan kami.
Jika anda membeli kenderaan anda secara cash (pembelian tanpa pinjaman), dokumen yang diperlukan untuk menempah slot penghantaran kenderaan adalah sama seperti dokumen diatas. Akan tetapi jika anda kehilangan / tiada polisi insurans, anda boleh sertakan resit pembelian cash kenderaan anda kepada kami seperti contoh dibawah:
Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pinjaman dan anda tiada polisi insurans, anda perlulah pergi ke pejabat JPJ untuk mengambil surat maklumat terperinci kenderaan dan insurans.
Jika anda membuat pertukaran hak milik kenderaan, anda perlulah mendapatkan surat rujukan penukaran hak milik di pejabat JPJ berdekatan untuk meneruskan tempahan slot hantar kenderaan dengan kami.