Ini adalah tempat yang sesuai untuk melihat
Insurans marin yang termasuk dalam caj penghantaran akan disertakan dengan polisi insurans. Polisi insurans akan menyediakan senarai perlindungan insurans dan jumlah yang diinsuranskan
Jika anda terlibat dalam urusan penghantaran kenderaan atau perniagaan import-export kenderaan, anda pasti bimbang akan perjalanan kenderaan anda kan? Walaubagaimanapun, pernahkah anda mempertimbangkan sekiranya:
Jenis-jenis kerugian ini melibatkan ribuan sehingga ratusan ribu ringgit
Insurans Marin ialah pelan perlindungan yang melindungi pergerakan kenderaan anda daripada terdedah dengan risiko kerosakan, kehilangan dan kerugian kenderaan semasa mengggunakan pengangkutan air /laut. Pihak syarikat insurans akan membayar sebarang kerugian yang ditanggung oleh pemilik kenderaan jika berlaku sebarang risiko kemalangan ketika perlayaran. Selain itu, pelan pelindungan insurans yang ditawarkan akan disertakan dengan polisi insurans dan dalam polisi insurans tersebut akan diterangkan apakah bentuk pelindungan insurans yang diberikan berserta jumlah pelindungan.
Kebakaran dan letupan.
Kapal terkandas, tersadai, tenggelam atau terbalik.
Kenderaan terbalik atau terbabas semasa dalam perjalanan.
Kapal atau kenderaan terlanggar atau bersentuhan dengan apa-apa objek luaran yang selain daripada air.
Pemunggahan kenderaan di pelabuhan yang berlaku kecemasan.
Pengorbanan purata am (General Average).
Jettison (Pembuangan muatan bagi mengurangkan bebanan kapal dalam situasi kecemasan).
Caj penyelamatan dan kos buruh untuk menyelamatkan kenderaan.
Kami Ventura Trans and Services (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan Tokio Marine Malaysia menyediakan pakej perlindungan terbaik untuk anda. Insuran marin akan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada kenderaan yang dibawa menggunakan kapal laut sahaja. Perlindungan insuran marin akan memberi perlindungan bermula dari perlabuhan (Port of Loading) hingga sampai di perlabuhan (Port of Discharge). Akan tetapi, perlindungan insuran marin hanya cover bahagian standard kenderaan sahaja tidak termasuk barangan yang berada di dalam kenderaan semasa kejadian dan sebarangan kesan calar atau kemek sama sekali tidak boleh dituntut dengan insuran marin.
Perhatian! Sebarang kehilangan barangan peribadi pelanggan tidak akan dilindungi oleh insurans ini dan ianya adalah dibawah tanggungjawab pelanggan sendiri. Selain itu, pihak syarikat juga tidak akan bertanggunjawab ke atas kehilangan aksesori-aksesori tambahan lain seperti turbometer, pembesar suara tambahan, sub-woofer dan lain-lain kecuali aksesori standard kenderaan sahaja.
Bayaran untuk insurans marin adalah berdasarkan kepada
Jika harga pasaran kenderaan adalah bawah dari RM33,000 (< RM33,000)
Kiraan insurans marin ialah:
Insuran Premium = RM 50.00
SST = RM 4.00
Duti Stamp = RM 10.00
Caj Perkhidmatan = RM 30.00
Jumlah Keseluruhan = Insuran Premium + SST + Duti Stamp + Caj Perkhidmatan
= RM 50.00 + RM 4.00 + RM 10.00 + RM 30.00
= RM 94.00
Sebuah Myvi (2011) mengikut harga pasaran ialah RM33,000
Kiraan insurans marin ialah:
Insuran Premium = Harga pasaran kenderaan X 0.00175
= RM 33,000 X 0.00175
= RM 57.75
SST (8%) = RM 57.75 X 8%
= RM 4.62
Duti Stamp = RM 10.00
Caj Perkhidmatan = RM 30.00
Jumlah Keseluruhan = Insuran Premium + 8% SST + Duti Stamp + Caj Perkhidmatan
= RM 57.75 + RM 4.62 + RM 10.00 + RM 30.00
= RM 102.37
Note:
This will close in 0 seconds