Panduan Menempah Slot Penghantaran Kenderaan Dengan Ventura


DAPATKAN MAKLUMAT PENGHANTARAN KENDERAAN

Layari www.venturamalaysia.com.my untuk mendapatkan maklumat mengenai harga dan tarikh penghantaran atau hubungi En. Faiz di talian 010-3851177 untuk mengetahui maklumat lanjut,

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN

Untuk membuat tempahan slot penghantaran kenderaan, anda perlu menyediakan beberapa dokumen seperti berikut:


1. Salinan Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan (Muka Hadapan dan Belakang)

2. Salinan Polisi Insurans (Jika pinjaman sudah selesai)

3. Salinan Sijil Pendaftaran Geran Kenderaan (Muka hadapan dan belakang bagi geran yang lama sahaja)

Geran Lama

*** Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pembayaran pinjaman bank, pastikan geran kenderaan anda mempunyai Cop BATAL dari pihak JPJ untuk meneruskan tempahan penghantaran kenderaan dengan kami.


Geran Baru

4. Surat Pelepasan Pinjaman / Loan (Jika kenderaan masih dalam pinjaman)


Contoh Surat Perlepasan dari Kedai



Contoh Surat Perlepasan dari Aeon Kredit



Contoh Surat Perlepasan dari Bank

DOKUMEN LAIN – LAIN

Jika anda membeli kenderaan anda secara cash (pembelian tanpa pinjaman), dokumen yang diperlukan untuk menempah slot penghantaran kenderaan adalah sama seperti dokumen diatas. Akan tetapi jika anda kehilangan / tiada polisi insurans, anda boleh sertakan resit pembelian cash kenderaan anda  kepada kami seperti contoh dibawah:

Jika kenderaan anda sudah habis / selesai pinjaman dan anda tiada polisi insurans, anda perlulah pergi ke pejabat JPJ untuk mengambil surat maklumat terperinci kenderaan dan insurans.

Jika anda membuat pertukaran hak milik kenderaan, anda perlulah mendapatkan surat rujukan penukaran hak milik di pejabat JPJ berdekatan untuk meneruskan tempahan slot hantar kenderaan dengan kami.


Salinan Resit Pembelian Cash


Surat Rujukan Pertukaran Hak Milik


Surat Maklumat Terperinci Kenderaan dan Insurans


Perlukan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami?



Ikuti media sosial kami


Ibu Pejabat (HQ)

Ventura Trans & Services (M) Sdn. Bhd
(1353137-M)
No. 4230-AA, Persiaran Raja Muda Musa,
Kampung Raja Uda,
42000, Klang, Selangor

Hotline

+6 010 385 1177